Monday, December 21, 2009
Permainan Bahasa
Sunday, December 20, 2009
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.
1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
BAHAN BANTU MENGAJAR
untuk menerangkan
kedudukan seseorang di dalam keluarga.
Pelajar akan lebih jelas dengan
penerangan yang guru berikan.
berwarna-warni untuk
aktiviti kumpulan.
Pelajar melengkapkan
perkataan yang tertinggal
menggunakan huruf polistrin.
digunakan untuk aktiviti
melengkapkan perkataan.
Tekstur yang tidak rata
merangsang deria sentuh pelajar.
warna boleh digunakan
sebagai bahan grafik dalam
P&P. Boleh digunakan
sebagai penerangan kepada
pembelajaran ataupun untuk
aktiviti permainan di dalam kumpulan.
Kad huruf juga di buat
menggunakan warna-warna
terang dan menarik. Ia
adalah untuk merangsang
penglihatan pelajar.
Pembelajaran akan lebih menarik dan
terangsang sekiranya guru menggunakan
kaedah 'token'. Pelajar yang berjaya
melaksanakan sesuatu tugasan diberikan
bintang. Di akhir pembelajaran, pelajar yang
berjaya mengumpul bintang paling banyak
akan memperolehi hadiah. Kaedah ini akan
melibatkan pelajar secara aktif semasa P&P.
KELUARGA
Tuesday, December 15, 2009
Monday, November 23, 2009
POLA KVK
POLA KVK
1. Pola KVK merupakan pola gabungan konsonan + vokal + konsonan.
2. Pola KVK merupakan pola terbuka bahasa melayu kerana ia diakhiri dengan huruf konsonan.
3. Contoh pola KVK Bahasa Melayu ialah:
kek



pen

Intergrasi Internet Dalam Pendidikan
1. Internet hanya bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam p&p.Aktiviti pengajaran hendaklah di rancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat di gunakan dengan berkesan.
2. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru.malah sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka,khususnya dalam bidang IT.Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
3. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat di lakukan dengan kemas , teratur dan sistematik.
4. Internet amat bermanfaat kepada guru, murid dan ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi.industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan, perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam masyarakat,khususnya warga pendidik dan para ibu bapa.




