Monday, November 23, 2009

Intergrasi Internet Dalam Pendidikan

1. Internet hanya bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam p&p.Aktiviti pengajaran hendaklah di rancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat di gunakan dengan berkesan.

2. Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru.malah sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka,khususnya dalam bidang IT.Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

3. Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat di lakukan dengan kemas , teratur dan sistematik.

4. Internet amat bermanfaat kepada guru, murid dan ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi.industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan, perlu diberi perhatian yang sewajarnya dalam masyarakat,khususnya warga pendidik dan para ibu bapa.

No comments:

Post a Comment